PUISI : MENJELANG SUBUH

dinihari yang dingin
udara segar, tubuh kesejukan
angin berdesik sepoi-sepoi bahasa
fikiran semakin bersinar
mengeluarkan buah fikiran jitu
jari jemari rancak mengungkapkan seberapa rangkap tulisan minda
agar menjadi kalam bacaan pengunjung
pengunjung malam atau siang
semuanya sahabat

ketika subuh menjelang
setelah bermunajat kepada Yang Kuasa
memohon keampunan dan kerahmatan
dari segala noda dan dosa
agar hidup sentiasa diredhai
dimurah rezeki, disenangi segala urusan
agar diri sentiasa dekat dengan-NYA
menjadi hamba kepada Yang Pemurah
yang menciptakan tujuh petala langgit dan bumi
menjadikan siang dan malam

bukanya menjadi hamba kepada manusia
bukan hamba kepada nafsu
bukan juga hamba kepada syaitan
hidup menjadi lebih bererti
tahu matlamat dan arah
semuanya menuju kepada Sang Pencipta
agar bahagia di negeri akhirat

apabila azan subuh dilaungkan
dalam kesayuan yang mendayu-dayu suara si bilal
mengajak manusia mengakui kebesaran Allah
bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah
Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah
menyeru manusia menunaikan perintah solat

mengajak manusia berlumba-lumba mencapai kejayaan
bagi yang beriman, segera menunaikan perintah
bagi yang ingkar, tetap angkuh dan sombong
hidup dalam kerugian selamanya
kerana hidup tidaklah lama
semuanya kembali kepada tanah
asal kejadian manusia

bila menjelang pagi
bertaburanlah manusia menyambung amanah

mencari rezeki untuk diri dan keluarga tersayang
ada yang melalui jalan yang lurus
jalan yang disukai Allah dan Rasul

namun ada juga yang memilih jalan yang menyimpang
apakah mereka jahil, atau sengaja menjahilkan diri
hanya tuan diri yang tahu
tiada yang lebih bermakna selain halal dan diberkati oleh-NYA
walaupun sedikit, hati tetap senang
sebagai bekalan di hari kemuncak nanti
semuanya akan dihitung
baik atau buruk, ianya pasti akan berlaku

nukilan :

Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak. Ahad 12. 54 pm
04 Julai 2010 / 21 Rajab 1431
getaran2u.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: